ffu

ffu
life is beautiful

Monday, May 27, 2013

ucap SUBHANALLAH

my sis, Wani Sofia pernah cakap. kalau dalam apa jua keadaan, especially when kita tgh deal dgn important things such examination, kalau kita bukak kertas soalan and kita tengok soalan tu lain macam i mean tak seperti yang kita spot. or kita tengah karang jawapan tapi tiba2 mind kite blank. jangan segera rasa cengeng, campak pen dan nangis. ucaplah SUBHANALLAH. in sya allah, akan dipermudahkan segala. ALHAMDULILLAH, apa yang aku praktikkan ada hasilnya. terima kasih kakngah!

she is one of my inspiration. perjalanan hidup dia smooth je. berkat usaha dia selama ni. since sekolah rendah, result selalu excellent. sekarang lagi excellent. bertambah2 rezeki. degree dah, master dah,. phd pon almost done. nak jadi macam kakngah, kuat semangat, kental, penyabar dan pandai. one fine day in sya allah.


Sunday, May 26, 2013

untitled

im tired. im sick. 
bosan dengan hubungan yang semakin hari semakin dingin. sakit dengan setiap percakapan. penat dipersalahkan atas semua yang terjadi.  pedih terasa bila ditempelak sebagai perempuan... tidak sanggup untuk diungkapkan di sini.. tidak ada lagi rasa ingin memohon maaf atas kekurangan. sudah berputus asa kah aku? ya. semakin yakin dengan keputusan ini. kata siapa lagi mahu diturutkan kalau bukan kata hati ini? mengertilah, aku berada dalam keadaan yang sukar. berperang dengan perasaan sendiri, dalaman berteriak mahu menyatakan rasa sayang itu tapi saat ini hati ini sedang terluka. sangat terluka dengan kata2 dan perbuatan anda. fahamilah, saat ini aku berhadapan dengan keadaan genting yang mana aku perlu tentukan hala tuju ini. bukan yang lain. hanya aku. hanya aku. Subhanallah. cekalkan hati hambamu YA ALLAH. 
Terasa terlalu lama mencuba, membiarkan diri ini sakit. Sakit dengan perlakuan orang lain. terlalu lama diri ini lemah hingga menjadi sasaran manusia berpesta.

Monday, May 20, 2013

dedicated to you.

i will never give you my hundred percent commitment because i wont hurt my self again.. i give a huge space for you to do anythings u like. i'll hate all things in the past. i will become a strong women. u are no longer my concern, so dont you expect me to be nice to you anymore. as simple as that.

#tears are words from the heart that can't be spoken#




Sunday, May 12, 2013

sekejap lagi

Sekejap lagi, akan ada insan yang bertanggungjawab dan merasakan dirinya benar, malah juga tidak salah akan menangis nangis di samping orang lain dan menceritakan perkara yang tidak berlaku dan menokok nambah supaya drama itu dianugerahkan cerita paling menyayat hati di dalam dunia dan  seolah-olah dia insan teraniaya di dalam lakonan nya itu. dan watak-watak dalam lakonanya itu pula direka sebagai watak antagonis yang langsung tiada punya kebaikan. as simple as that. i know ur true colors. i know ur attitude from A-Z. if unsatisfied, direct see and tell me. Don't act like u are newborn baby without sin. It considered hypocrite. WHY i choose to write here, because i know u will read. ALSO BECAUSE U STARTED IT FIRST.

Saturday, April 27, 2013

im writing for my self

Expecting too much only leaves u in tears.. sinonim dengan hidup. penuh dengan harapan dan akhirnya kecewa. itulah hidup. biarlah ianya kekal sebagai melodi nadi ini. kecewa dan gembira terletak pada pilihan peribadi. tanpa perit itu apalah erti kehidupan. tanpa ada kekecewaan apakah mungkin ada rasa tabah itu. mungkin tidak. forget the hard things, sakit , kecewa itu biar jadi rahsia. don't let them walk with you.

let live, love and laugh. i choose to be happy, so  i will.

every single path, every step i walk always reminding me life is not easy as expected. so don't put too much hopes but put greater effort to achieve ur dreams.


Wednesday, April 24, 2013

alhamdulillah.

assalamualaikum..

25 hari mengambil masa untuk buat satu keputusan. keputusan yang aku rasa susah. yang buat aku hampir putus asa. yang hampir buat aku melupakan cita-cita. kenape 25 hari sebelum ni aku tidak berbuat demikian?apa ada sepanjang 25 hari tu? memikirkan hingga otak terasa penat, minda tidak tenteram, hati menjadi gusar dan berbelah bagi.

semalam, hati ini masih berat . berat untuk membuat keputusan itu. tapi hari ini, tanpa berlengah masa,. atas pertimbangan nasihat2 dari kawan, kakak, dan juga kata-kata semangat dan juga merupakan harapan abah. keputusan yang aku ambil dipermudahkan. ya. ALLAH S.W.T guide me thru the way. semuanya dilakukan tanpa rasa berbelah bagi. tanpa ada rasa menyesal. perancangan ALLAH S.W.T terbaik untuk hambanya.

tidak sesekali menyesal, jauh sekali untuk mengeluh. terima kasih sahabatku, Zarith Fateha. terima kasih untuk segala nasihat dan semangat yang engkau kongsikan. Alhamdulillah, terima kasih kerana mendoakan yang terbaik unk aku. Semoga ALLAH S.W.T permudahkan urusan dan impian kamu.



"Setiap yang terjadi..
Tak akan berlaku dengan sia-sia..
Dia yang menentukannya..
Dan, Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita."

Sunday, April 21, 2013

duhai hati

Assalamualaikum.

di kala hati resah, sedih , berduka aku terpanggil untuk meluahkanya di sini. menulis tanpa mempedulikan perasaan ingin tahu mereka yang lain. dan aku hanya mahu menulis. ya allah, mengapa berat rasa hati ini untuk melupakan ape yang terjadi walaupun ia telah berlalu kian lama. mengapa hati ini tidak mahu melupakan. masih kuat rasanya dikhianati walau sudah sedaya upaya hambamu mahu melupuskan rasa negatif itu. ya rasa negatif itu yang menjadi faktor mengapa hati yang dulu mudah memaafkan menjadi demikian degil yang amat.

kerana diri ini dikhianati. bukan sekali..mungkin kerana itu.

ya allah, subhanallah. sungguh hamba mu tidak mahu menyimpan perasaan ini. jauhi hambamu dari sifat2 yang boleh membawa kepada kemurkaan dan musibah.tanamkan dalam diri ini kesabaran, kemaafaan, keikhlasan dan kasih sayang.

perkenankanlah doa ini. amin.

Sunday, March 10, 2013

daughter's secret post

assalamualaikum.

entri kali ini ialah cita-cita dan keluarga. cewahhhh.diri ini terpanggil untuk menulis tentang kekeliruan yang dirasakan seperti beban yang berat tika waktu ini. antara kehendak diri dan keinginan keluarga.
wuuuuuu weeeeee woooo.. pejam celik pejam celik sudah hampir ke penghujung tempoh pengajian ijazahku.   pada semester terakhir ini, aku harus berhempas pulas siapkan thesis, belajar mengenai dunia kerja yang sebenar yang mampu memberi landasan kepada aku bila aku mula menapak dalam alam pekerjaan kemudian hari. insyaallah dengan izinNYA. terima kasih WRA Sdn. Bhd for the opportunity.

dan aku juga harus membuat perhitungan dan keputusan dimana aku berdepan dengan keinginan dan impian serta harapan abah yang mahukan aku unk further study. hati mana tidak berbelah bagi dengan permintaan si bapa yang sudah tentu mahukan yang terbaik untuk anaknya. alhamdulillah ya allah. aku bersyukur aku mempunyai ibu bapa yang sangat memberi dorongan untuk anak-anak belajar hingga ke tahap ini. syukur alhamdulillah. adat belajar sudah pasti ada penat lelah. dan aku harap segala keperitan yang aku alami akan digantikan dengan kejayaan yang mampu aku beri penghargaan kepada kedua orang tuaku.

namun, aku jugak insan biasa yang tersepit antara pilihan sendiri dan harapan orang tuaku. Yes, aku juga punyai hasrat untuk sambung pengajianku ke peringkat seterusnya. Aku bertuah aku mendapat dorongan dan kepercayaan keluarga cuma hati ini kurang yakin bila abah mahukan aku mengambil peluang yang ada untuk sambung pengajianku jauh. jauh. jauh. bukan di kampung halaman, bukan di bandar or kota negeri mahupun di negeri lain. tapi di negara orang, merantau untuk mengembara mencari ilmu. mengenali budaya, kehidupan dan meraih pengalaman di bumi lain. mampukah aku menjadi perantau di negara orang dengan keupayaan yang aku ada sekarang.

bila aku tanya kenapa perlu negara lain. sistem pendidikan yang ada sekarang juga setanding dengan negara2 lain. bukan aku ingin membezakan tapi pandangan aku dengan faciliti dan kemudahan serta rangka pengajian yang sekarang jugak mampu melahirkan graduasi yang serba boleh. bila dicungkil tentang hasrat itu. jawapan yang diberikan kepadaku, sama dengan jawapan yang diberi pada  si bongsu yang sekarang merantau di negara orang.

Untuk memenuhi hasrat beliau sendiri yang dulu pernah mendapat tempat meneruskan pengajian di UK, tapi kerana bukan rezekinya, dan bukan dengan izin ALLAH S.W.T, abah hanya ketinggalan 0.02 point untuk membolehkan dia mendapat biasiswa untuk teruskan pengajianya. Hasrat nya itu yang dia amanahkan kepada anak-anak supaya berusaha dan berusaha untuk mendapat tempat di negara orang, bersaing dengan seluruh pelusuk manusia. itu hasrat dan  impianya yang tak kesampaian sewaktu umur mudanya. dan kini, hasrat itu disampaikan supaya aku dan adik beradikku tidak mengalah. Pernah dia berkata," jangan jadi macam abah, sikit je lg nk lulus.rugi, tp bukan rezeki." Alhamdulillah, rezeki si bongsu sudah mampu melunaskan impian nya suatu ketika dulu. Dan sekarang, sekali lagi hasrat itu dinyatakan kepadaku.

bukan tidak mahu, cuma dikuatiri tidak mampu. GUSAR. terasa berdosa bila hasratnya tidak diperjuangkan. mampukah aku survive sendirian..hmm tak blh dibayangkan. insyaallah abah. insyaallah. kalau tertulis rezeki itu milik anakmu. akan aku sahut hasratmu. andai bukan rezekiku, jangan lah gusar. anakmu sentiasa akan berjuang menimba ilmu walau di mana berada. itu janji anakmu atas segala pengorbanan.

abah & ma 

u are my heart

i always have you inside me

:)