ffu

ffu
life is beautiful

Sunday, March 10, 2013

daughter's secret post

assalamualaikum.

entri kali ini ialah cita-cita dan keluarga. cewahhhh.diri ini terpanggil untuk menulis tentang kekeliruan yang dirasakan seperti beban yang berat tika waktu ini. antara kehendak diri dan keinginan keluarga.
wuuuuuu weeeeee woooo.. pejam celik pejam celik sudah hampir ke penghujung tempoh pengajian ijazahku.   pada semester terakhir ini, aku harus berhempas pulas siapkan thesis, belajar mengenai dunia kerja yang sebenar yang mampu memberi landasan kepada aku bila aku mula menapak dalam alam pekerjaan kemudian hari. insyaallah dengan izinNYA. terima kasih WRA Sdn. Bhd for the opportunity.

dan aku juga harus membuat perhitungan dan keputusan dimana aku berdepan dengan keinginan dan impian serta harapan abah yang mahukan aku unk further study. hati mana tidak berbelah bagi dengan permintaan si bapa yang sudah tentu mahukan yang terbaik untuk anaknya. alhamdulillah ya allah. aku bersyukur aku mempunyai ibu bapa yang sangat memberi dorongan untuk anak-anak belajar hingga ke tahap ini. syukur alhamdulillah. adat belajar sudah pasti ada penat lelah. dan aku harap segala keperitan yang aku alami akan digantikan dengan kejayaan yang mampu aku beri penghargaan kepada kedua orang tuaku.

namun, aku jugak insan biasa yang tersepit antara pilihan sendiri dan harapan orang tuaku. Yes, aku juga punyai hasrat untuk sambung pengajianku ke peringkat seterusnya. Aku bertuah aku mendapat dorongan dan kepercayaan keluarga cuma hati ini kurang yakin bila abah mahukan aku mengambil peluang yang ada untuk sambung pengajianku jauh. jauh. jauh. bukan di kampung halaman, bukan di bandar or kota negeri mahupun di negeri lain. tapi di negara orang, merantau untuk mengembara mencari ilmu. mengenali budaya, kehidupan dan meraih pengalaman di bumi lain. mampukah aku menjadi perantau di negara orang dengan keupayaan yang aku ada sekarang.

bila aku tanya kenapa perlu negara lain. sistem pendidikan yang ada sekarang juga setanding dengan negara2 lain. bukan aku ingin membezakan tapi pandangan aku dengan faciliti dan kemudahan serta rangka pengajian yang sekarang jugak mampu melahirkan graduasi yang serba boleh. bila dicungkil tentang hasrat itu. jawapan yang diberikan kepadaku, sama dengan jawapan yang diberi pada  si bongsu yang sekarang merantau di negara orang.

Untuk memenuhi hasrat beliau sendiri yang dulu pernah mendapat tempat meneruskan pengajian di UK, tapi kerana bukan rezekinya, dan bukan dengan izin ALLAH S.W.T, abah hanya ketinggalan 0.02 point untuk membolehkan dia mendapat biasiswa untuk teruskan pengajianya. Hasrat nya itu yang dia amanahkan kepada anak-anak supaya berusaha dan berusaha untuk mendapat tempat di negara orang, bersaing dengan seluruh pelusuk manusia. itu hasrat dan  impianya yang tak kesampaian sewaktu umur mudanya. dan kini, hasrat itu disampaikan supaya aku dan adik beradikku tidak mengalah. Pernah dia berkata," jangan jadi macam abah, sikit je lg nk lulus.rugi, tp bukan rezeki." Alhamdulillah, rezeki si bongsu sudah mampu melunaskan impian nya suatu ketika dulu. Dan sekarang, sekali lagi hasrat itu dinyatakan kepadaku.

bukan tidak mahu, cuma dikuatiri tidak mampu. GUSAR. terasa berdosa bila hasratnya tidak diperjuangkan. mampukah aku survive sendirian..hmm tak blh dibayangkan. insyaallah abah. insyaallah. kalau tertulis rezeki itu milik anakmu. akan aku sahut hasratmu. andai bukan rezekiku, jangan lah gusar. anakmu sentiasa akan berjuang menimba ilmu walau di mana berada. itu janji anakmu atas segala pengorbanan.

abah & ma 

u are my heart

i always have you inside me

:)