ffu

ffu
life is beautiful

Saturday, April 27, 2013

im writing for my self

Expecting too much only leaves u in tears.. sinonim dengan hidup. penuh dengan harapan dan akhirnya kecewa. itulah hidup. biarlah ianya kekal sebagai melodi nadi ini. kecewa dan gembira terletak pada pilihan peribadi. tanpa perit itu apalah erti kehidupan. tanpa ada kekecewaan apakah mungkin ada rasa tabah itu. mungkin tidak. forget the hard things, sakit , kecewa itu biar jadi rahsia. don't let them walk with you.

let live, love and laugh. i choose to be happy, so  i will.

every single path, every step i walk always reminding me life is not easy as expected. so don't put too much hopes but put greater effort to achieve ur dreams.


Wednesday, April 24, 2013

alhamdulillah.

assalamualaikum..

25 hari mengambil masa untuk buat satu keputusan. keputusan yang aku rasa susah. yang buat aku hampir putus asa. yang hampir buat aku melupakan cita-cita. kenape 25 hari sebelum ni aku tidak berbuat demikian?apa ada sepanjang 25 hari tu? memikirkan hingga otak terasa penat, minda tidak tenteram, hati menjadi gusar dan berbelah bagi.

semalam, hati ini masih berat . berat untuk membuat keputusan itu. tapi hari ini, tanpa berlengah masa,. atas pertimbangan nasihat2 dari kawan, kakak, dan juga kata-kata semangat dan juga merupakan harapan abah. keputusan yang aku ambil dipermudahkan. ya. ALLAH S.W.T guide me thru the way. semuanya dilakukan tanpa rasa berbelah bagi. tanpa ada rasa menyesal. perancangan ALLAH S.W.T terbaik untuk hambanya.

tidak sesekali menyesal, jauh sekali untuk mengeluh. terima kasih sahabatku, Zarith Fateha. terima kasih untuk segala nasihat dan semangat yang engkau kongsikan. Alhamdulillah, terima kasih kerana mendoakan yang terbaik unk aku. Semoga ALLAH S.W.T permudahkan urusan dan impian kamu.



"Setiap yang terjadi..
Tak akan berlaku dengan sia-sia..
Dia yang menentukannya..
Dan, Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita."

Sunday, April 21, 2013

duhai hati

Assalamualaikum.

di kala hati resah, sedih , berduka aku terpanggil untuk meluahkanya di sini. menulis tanpa mempedulikan perasaan ingin tahu mereka yang lain. dan aku hanya mahu menulis. ya allah, mengapa berat rasa hati ini untuk melupakan ape yang terjadi walaupun ia telah berlalu kian lama. mengapa hati ini tidak mahu melupakan. masih kuat rasanya dikhianati walau sudah sedaya upaya hambamu mahu melupuskan rasa negatif itu. ya rasa negatif itu yang menjadi faktor mengapa hati yang dulu mudah memaafkan menjadi demikian degil yang amat.

kerana diri ini dikhianati. bukan sekali..mungkin kerana itu.

ya allah, subhanallah. sungguh hamba mu tidak mahu menyimpan perasaan ini. jauhi hambamu dari sifat2 yang boleh membawa kepada kemurkaan dan musibah.tanamkan dalam diri ini kesabaran, kemaafaan, keikhlasan dan kasih sayang.

perkenankanlah doa ini. amin.